Monday, 4 July 2005

warkah biru

Ke hadapan kekandaku Dina Zaman,

Pertama kali, saya ingin meminta maaf kalau cerita panas saya tu menggempurkan semua org termasuk lah diri awak sendiri.

Sebenarnya saya tak sengaja. Pada hari Sabtu hari tu, saya telah dapat email dari si dia. Dia kata hati dia tengah berbunga-bunga semenjak awak membalas warkah-warkah dia. Essh... tak sangka saya, saya ingatkan awak bukan minah bunga.

Disebabkan saya ni orang tengah, dan selepas berbulan-bulan dah kering air liur saya memujuk, saya menjadi terlebih teruja oleh perkembangan kisah saudari dan tak dapat menahan kegembiraan. Satu hari saya tersengih macam kerang busuk.

Saya harap saudari dapat melihat sendiri dari bingkisan yang diterima kesucian dan kebaikan hati dia tu. Percayalah (cue - sesapa tolong nyanyi lagu Siti sat) Dia tu tak serupa lelaki-lelaki durjana yang awak kenali selama ini yang ada bini dan anak 4-5 orang di rumah tetapi berpoya-poya dengan kekasih sesuka hati. Mereka ini tidak ada hati perut dan tidak reti menghargai hati seorang perempuan yang tulus dan suci.

Memandangkan keluarga si dia berasal dari utara, dan telah bermastautin di negeri orang, adinda begitu yakin bahawa kami tidak tergolong dalam kumpulan-kumpulan keluarga elit di Kola Lumpor. Kalau ada pun, kitaorang tak mengaku sedara. Apatah lagi dengan mamat ni yg dibesarkan di Amerika, dia tak kenal dan memang tak ada konco-konco kat KL pun.

Kekandaku, saya rasakan kekanda sungguh sesuai untuk digandingkan dengan dia tu. Saya nampak hati budi dan keikhlasan naluri insani saudari. Disebabkan faktor-faktor inilah saya berusaha bertungkus lumus untuk menyatukan dua hati. (Majikan saya kata kat saya 'awak tu pandai lah pulak nak satukan hati org, hati awak tah ke mana') Takpe takpe, berkat.

Di sini saya ingin memberitahu jugaklah, bahawasanya dia sekarang menggunakan akaun MK saya untuk membaca karya-karya awak. Tak pe kan?

Saya harap dengan penjelasan saya ini, awak tak ler marah saya lagi sebab saya blog kisah awak tu. Mintak maaf ya. Saaaaayaang awak!

Kalau boleh, rajin-rajinlah saudari tulis email mengenai perkembangan yang tengah berputik tu. Tapi saya cuba berjanji saya tak bising-bising kat blog lagi dah (Cuba je tau)

Sekian.
Yang amat merinduimu,
Ewok


Note: Cikgu BM saya kata saya fail, dpt D+ je. Huuuhuhu. Tapi takpe asalkan dia tak paham apa saya tulis :)

No comments: